Pegawai penguat kuasa, penjawat awam antara yang ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan urusan warga asing.Pegawai penguat kuasa, penjawat awam antara yang ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan pelbagai kesalahan berkaitan urusan warga asing.

Sindiket warga asing: SPRM reman 33 individu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
MACC chief commissioner Abd Halim Aman bernama pic 15626Kesemua yang ditahan terdiri daripada 24 lelaki dan sembilan wanita berusia 20 hingga 50-an, ditahan Bahagian Perisikan SPRM dan SPRM negeri di Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka semalam. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 33 individu termasuk pegawai penguat kuasa dan penjawat awam dalam operasi bersepadu di Putrajaya dan tiga negeri kerana disyaki terbabit dalam sindiket yang melakukan pelbagai kesalahan berkaitan urusan warga asing.

Menurut sumber, 10 pegawai penguat kuasa ditahan dipercayai menerima rasuah sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan ke atas pekerja syarikat yang melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959 serta mengeluarkan visa, pas dan permit tanpa melalui prosedur ditetapkan.

Sumber itu memberitahu kesalahan lain yang dikesan adalah mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu bagi permohonan dan mendapatkan kuota pekerja asing.

Kesemua mereka yang terdiri daripada 24 lelaki dan sembilan wanita berusia lingkungan 20 hingga 50-an ditahan oleh Bahagian Perisikan SPRM dan SPRM negeri di Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka semalam.

“Siasatan awal mendapati kesemua mereka disyaki melakukan perbuatan tersebut antara 2021 hingga tahun ini,” menurut sumber itu.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A), 17(a), 17(b) dan 18 Akta SPRM 2009.

Abd Halim juga tidak menolak kemungkinan beberapa siri tangkapan susulan akan dibuat untuk tujuan tersebut.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

$5M in SPCX Positions for Free

$5M in SPCX Positions for Free$5M in SPCX Positions for Free

0 fees, 100x leverage, daily prizes, 7K+ stocks/ETFs