Datuk Bandar Alor Setar Abdul Gafar Yahya berkata yuran RM100 sebulan dikenakan kepada setiap pelajar.Datuk Bandar Alor Setar Abdul Gafar Yahya berkata yuran RM100 sebulan dikenakan kepada setiap pelajar.

Premis di Alor Setar dijadikan sekolah Rohingya diserbu

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
MBAS accommodating 26 Rohingya MBAS pic 3726MBAS berkata premis itu disewakan dan dijadikan sekolah yang menempatkan 26 kanak-kanak Rohingya tinggal di kawasan berhampiran. (Gambar MBAS)

ALOR SETAR: Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menyerbu sebuah premis industri yang dijadikan sekolah untuk etnik Rohingya di kawasan Kompleks Perniagaan Shahab Perdana, dekat sini, semalam.

Datuk Bandar Alor Setar, Abdul Gafar Yahya, berkata serbuan itu susulan isu tular di media sosial baru-baru ini berhubung dakwaan kewujudan sebuah sekolah untuk etnik Rohingya.

“Serbuan dilaksanakan melalui Bahagian Penguatkuasaan MBAS dan Jabatan Perancangan Pembangunan bagi mengesahkan maklumat serta menilai pematuhan premis terhadap peraturan dan undang-undang berkuat kuasa.

“Hasil siasatan mendapati premis berkenaan disewakan dan digunakan sebagai sekolah yang menempatkan 26 kanak-kanak Rohingya menetap di kawasan berhampiran,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan turut mendapati yuran RM100 sebulan dikenakan kepada setiap pelajar.

“Susulan penemuan itu, Bahagian Penguatkuasaan MBAS telah merekodkan butiran pemilik premis dan penyewa bagi tujuan siasatan lanjut serta tindakan bersama agensi berkaitan mengikut bidang kuasa masing-masing.

“Kes akan diambil tindakan atas kesalahan salah guna premis industri dan akan dirujuk kepada Jabatan Pendidikan Negeri Kedah berhubung pengoperasian institusi pendidikan tanpa kebenaran serta Jabatan Imigresen bagi penelitian terhadap status permit warga asing terlibat.”

Tegasnya, MBAS komited memastikan setiap premis dalam kawasannya mematuhi syarat penggunaan diluluskan serta semua undang-undang demi menjaga ketenteraman awam dan kepentingan masyarakat.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.
Tags: