Suspek ditaham dalam empat serbuan berasingan susulan kes di Bemban, Melaka.Suspek ditaham dalam empat serbuan berasingan susulan kes di Bemban, Melaka.

Samun kebun durian, 4 ditahan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
lee robertKetua Polis Jasin, Lee Robert, umum penahanan empat suspek dalam siasatan ke atas kes samun berkumpulan. (Gambar Facebook)

JASIN: Polis menahan empat lelaki dipercayai terlibat dalam kejadian samun berkumpulan membabitkan hasil kebun durian dan melarikan sebuah motosikal di sebuah kebun, membabitkan kerugian kira-kira RM9,000 berhampiran Anjung Gapam, Bemban semalam.

Ketua Polis Jasin, Lee Robert, berkata semua suspek berusia 27 hingga 35 tahun itu ditahan dalam empat serbuan berasingan di Jasin, Melaka Tengah dan Masjid Tanah, bermula 12.30 tengah malam hingga 7.30 pagi tadi.

“Soal siasat mendapati dua daripada suspek mengaku terlibat dalam kejadian itu, manakala seorang lagi suspek mengaku mengeluarkan sebilah pisau bagi menakutkan mangsa selepas menyedari mangsa merakam gambar kenderaan yang dinaiki suspek.

“Seorang lagi suspek pula mengaku terlibat mengambil meter motosikal yang dilarikan, namun tidak mengaku mengambil buah durian atau mengacukan senjata kepada mangsa,” menurut kenyataan.

Lee berkata seorang suspek tidak mengaku terbabit dalam kejadian itu, namun ditahan selepas dikenal pasti secara positif oleh pengadu sebagai individu yang melarikan motosikal milik bapa rakan.

Siasatan turut mendapati dua daripada suspek memaklumkan mereka diajak oleh seorang lagi suspek yang masih bebas ke lokasi kejadian untuk mencuri sport rim sebelum bertindak melarikan motosikal Yamaha Y15ZR selepas melihat motosikal itu di lokasi kejadian.

Polis merampas tiga telefon bimbit, sebuah kereta jenis Perodua Myvi, sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR dan sebilah pisau lipat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan serta Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Market Opportunity
4 Logo
4 Price(4)
$0.008489
$0.008489$0.008489
-0.79%
USD
4 (4) Live Price Chart
Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Newbies:Deposit $100, Get $1,000Newbies:Deposit $100, Get $1,000

Plus Up to a $50 Referral Bonus