Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata Wawasan, Pejuang, PAS dan Bersatu mungkin sasar kelompok pengundi sama.Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata Wawasan, Pejuang, PAS dan Bersatu mungkin sasar kelompok pengundi sama.

PN berdepan ‘perang saudara’ rebut kerusi Melayu, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
bendera PN perikatan nasionalPN menambah keanggotaannya kepada enam parti ketika krisis gabungan berkenaan yang menyaksikan PAS menamatkan kerjasama dengan Bersatu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Kemasukan Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan Pejuang ke dalam Perikatan Nasional (PN) akan menambahkan lagi saingan di kerusi majoriti Melayu yang ketika ini agak selesa dibahagikan antara PAS serta Bersatu, kata penganalisis politik.

Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri berkata keadaan itu jika berlaku boleh meletakkan Bersatu pimpinan Muhyiddin Yassin dalam keadaan terhimpit kerana perlu berkongsi dengan anggota baharu yang sebelum ini berasal dari parti terbabit.

Beliau merujuk kepada Wawasan pimpinan Hamzah Zainudin yang dipecat Bersatu, Februari lalu dan membawa sebilangan besar Ahli Parlimen serta Adun.

Penganalisis dari Global Asia Consulting itu berkata pertambahan komponen baharu dalam PN menjadikan rundingan pembahagian kerusi bagi pilihan raya akan datang lebih rumit, khususnya di kawasan luar bandar dan separa bandar.

Jelasnya, hampir semua parti utama dalam PN kini bertumpu kepada pengundi Melayu menyebabkan pertindihan kerusi sukar dielakkan.

“Apabila kolamnya sama, pembahagian kerusi pilihan raya akan datang boleh menjadi medan ‘perang saudara’.

“PAS sudah tentu tidak akan menyerahkan kawasan kubu kuat mereka, manakala Bersatu yang sedang berusaha mengekalkan kerelevanannya juga tidak mungkin menyerahkan kerusi tradisi kepada Wawasan atau Pejuang,” katanya kepada FMT.

Wawasan dan Pejuang diterima sebagai parti komponen baharu PN dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PN dihadiri pemimpin PAS, Bersatu, Gerakan dan MIPP.

Pertambahan anggota PN itu berlaku ketika krisis gabungan berkenaan yang menyaksikan PAS menamatkan kerjasama dengan Bersatu.

Sementara itu, Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata kemasukan Wawasan berpotensi mengambil alih sebahagian peranan Bersatu sebagai parti nasionalis dalam PN.

Katanya, kehadiran ramai bekas pemimpin Bersatu dalam Wawasan boleh menyebabkan Bersatu semakin dilihat mengecil dalam gabungan itu, meskipun parti berkenaan antara pengasas PN.

Syaza berkata, keadaan politik semasa juga berbeza berbanding PRU15, apabila parti seperti Pejuang ketika itu dilihat yakin mampu mencabar PAS di kawasan Melayu.

“Saya rasa pada 2022, semua pihak khususnya Pejuang cukup yakin mereka mampu bersaing dengan PAS.

“Tetapi keadaan sekarang sudah berbeza. Mereka sedar kekuatan sebenar di lapangan, jadi pembahagian kerusi kemungkinan besar akan disusun semula,” katanya.

Menurutnya, kawasan yang kuat untuk PAS dijangka kekal kepada parti itu, manakala kerusi Melayu lain akan dirunding antara Bersatu, Wawasan dan Pejuang.

“Dalam soal kompromi, Pejuang perlu menerima hakikat bahawa mereka parti junior.

“Kerusi penyandang seharusnya dikekalkan kepada PAS, Wawasan dan Bersatu, kecuali di beberapa kawasan tertentu jika ada persetujuan bersama,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0,00002611
$0,00002611$0,00002611
+0,19%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order