Saksi ke-74, Dr Linthini Gannetio memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini dalam kenyataan saksi bertulis.Saksi ke-74, Dr Linthini Gannetio memberitahu Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini dalam kenyataan saksi bertulis.

Ada bahagian dalam dokumen diperiksa bukan ditulis Zara Qairina

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Zara QairinaSaksi yang juga pakar pemeriksa tulisan tangan dan dokumen, Dr Linthini Gannetio berkata terdapat petunjuk individu lain menulis dalam sebahagian dokumen yang dikaitkan dengan Zara Qairina Mahathir. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Mahkamah Koroner Kota Kinabalu hari ini diberitahu bahawa beberapa bahagian dalam dokumen yang diperiksa bukan ditulis oleh Zara Qairina Mahathir.

Saksi ke-74, pakar pemeriksa tulisan tangan dan dokumen, Dr Linthini Gannetio, berkata terdapat petunjuk individu lain menulis dalam sebahagian dokumen yang dikaitkan dengan remaja tersebut.

Katanya, hasil analisis perbandingan saintifik terhadap dokumen W1, W2, W3 dan Y1 hingga Y15 mendapati dokumen W2 tidak digunakan secara eksklusif sebagai jurnal peribadi Zara Qairina kerana beberapa halaman mengandungi tulisan individu lain bersama tulisan mangsa.

“Halaman-halaman dalam W2 yang mengandungi tulisan oleh individu lain bersama-sama tulisan Zara Qairina termasuk W2_PG45, W2_PG49 hingga W2_PG51, W2_PG58, W2_PG59, W2_PG61 dan W2_PG62.

“Penemuan ini menunjukkan bahawa individu lain mungkin mempunyai akses kepada W2 dan mungkin telah menulis di dalamnya,” katanya dalam kenyataan saksi bertulis, menurut Sinar Harian.

Selain itu, Linthini berkata pemeriksaan terhadap dokumen W3 menemukan lebih daripada satu corak tulisan tangan dan beberapa bahagian menunjukkan ciri-ciri yang tidak konsisten dengan tulisan tangan diketahui milik remaja itu.

“Tulisan tangan pada halaman W3_2, W3_7 hingga W3_14, W3_25 hingga W3_37, W3_46, W3_58 hingga W3_64, W3_73 hingga W3_84 serta W3_86 hingga W3_89 didapati bukan ditulis oleh Zara.

“Sebahagian tulisan dalam W3 menunjukkan ciri-ciri yang tidak konsisten dengan tulisan tangan diketahui Zara Qairina dan mengandungi perbezaan ketara yang tidak dapat dijelaskan berbanding sampel tulisan tangan diketahui yang tersedia,” katanya.

Namun katanya, beliau tidak dapat mencapai kesimpulan muktamad bagi beberapa halaman lain dalam W3 berikutan ketiadaan sampel tulisan tangan diketahui yang sezaman bagi tempoh berkaitan.

Tambahnya, pemeriksaan tulisan tangan itu dilakukan berdasarkan dokumen diserahkan termasuk W1, W2, W3 dan Y1 hingga Y15 serta sampel tulisan tangan diketahui milik Zara Qairina dan beberapa individu lain yang dirujuk sebagai Penulis A hingga Penulis J.

“Berdasarkan sampel yang diperiksa, tulisan tangan Zara Qairina menunjukkan perkembangan yang jelas dari 2023 hingga 2025, termasuk perubahan bentuk huruf, corak kecondongan, pembentukan angka dan cara pelaksanaan huruf tertentu.

“Hasil pemeriksaan turut mendapati tulisan tangan pada dokumen W1 dari halaman W1_PG1 hingga W1_PG28 mempunyai persamaan ketara dengan tulisan tangan Zara Qairina.

“Sebahagian besar kandungan dalam dokumen W2 juga konsisten dengan tulisan tangan mangsa bagi tempoh akhir April hingga Julai 2025,” katanya.

Zara Qairina, 13, disahkan meninggal dunia di HQE pada 17 Julai 2025, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya kira-kira 4 pagi.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0.1547
$0.1547$0.1547
-3.00%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order