Dua lagi mangsa adalah penduduk dan penyerang yang dipercayai terbunuh dalam insiden itu.Dua lagi mangsa adalah penduduk dan penyerang yang dipercayai terbunuh dalam insiden itu.

Anggota polis antara 3 maut dalam insiden tembakan di Montreal

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
Montreal Canada shootingPolis Montreal menolak kemungkinan motif keganasan dan berkata tiada suspek lain dipercayai terlibat dalam kes berkenaan. (Gambar AFP)

NEW YORK: Seorang pegawai polis, seorang penduduk dan seorang lelaki yang dipercayai penyerang terbunuh dalam insiden tembakan pada Isnin di Montreal, Kanada, menurut pihak berkuasa.

“Dengan penuh dukacita kami mengesahkan kematian seorang pegawai polis kami ketika menjalankan tugas.

“Butiran lanjut akan menyusul,” menurut polis Montreal menerusi platform X, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Pihak berkuasa turut mengesahkan bahawa seorang orang awam dan suspek penyerang terbunuh dalam kejadian itu, manakala dua lagi individu termasuk seorang pegawai polis cedera.

Jurucakap polis kemudian memaklumkan bahawa pegawai polis yang cedera itu tidak lagi berada dalam keadaan mengancam nyawa.

Penyiasat menolak kemungkinan motif keganasan dan berkata tiada suspek lain dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Sebelum itu, polis memberi amaran mengenai seorang ‘suspek bersenjata dan berbahaya’ serta menggesa orang ramai menjauhi kawasan kejiranan Côte-des-Neiges.

Menurut penyiar CBC, penduduk turut diarahkan supaya berada di dalam rumah dan mengunci pintu masing-masing.

Ketua Polis Montreal, Fady Dagher, berkata anggota polis ditembak sebaik tiba di lokasi kejadian.

Polis memaklumkan suspek telah ‘dilumpuhkan’ dan percaya penyerang bertindak bersendirian.

Menurut CBC, siasatan masih diteruskan walaupun amaran kecemasan yang dikeluarkan sebelum ini telah ditarik balik.

Menurut laporan media, penyerang dipercayai menulis sebuah manifesto yang mengandungi bahasa kebencian yang dikaitkan dengan gerakan ‘incel’, iaitu komuniti dalam talian anti-feminis yang mempromosikan naratif misoginis serta peranan gender tradisional.

Bagaimanapun, dakwaan itu belum disahkan oleh pihak berkuasa keselamatan.

Market Opportunity
Star Atlas DAO Logo
Star Atlas DAO Price(POLIS)
$0.01026
$0.01026$0.01026
-2.93%
USD
Star Atlas DAO (POLIS) Live Price Chart

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order