Ketua Penerangan PN Annuar Musa berkata hanya pengerusi PN ada kuasa putus dan tandatangan watikah calon PN yang bertanding.Ketua Penerangan PN Annuar Musa berkata hanya pengerusi PN ada kuasa putus dan tandatangan watikah calon PN yang bertanding.

PN mesyuarat Isnin bincang isu logo, calon PRN N Sembilan, Johor

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
annuar musaKetua Penerangan PN, Annuar Musa berkata penggunaan logo dan pengagihan kerusi hanya boleh dimuktamadkan oleh majlis tertinggi gabungan itu.

PETALING JAYA: Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) akan memutuskan penggunaan logo serta pengagihan kerusi bagi PRN Johor dan Negeri Sembilan dalam mesyuarat pada Isnin ini, kata ketua penerangannya, Annuar Musa.

Beliau berkata, hanya Pengerusi PN mempunyai kuasa untuk memutuskan dan menandatangani watikah calon yang bertanding menggunakan logo gabungan itu dalam mana-mana pilihan raya, manakala pengagihan kerusi hanya boleh dimuktamadkan oleh majlis tertinggi.

“Tidak sepatutnya belum mesyuarat tetapi sudah tembak sana, tembak sini dan buat pelbagai andaian kononnya mahu larikan bendera dan mahu buang Bersatu,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata dalam satu program di Kota Bharu.

Annuar turut menolak spekulasi bahawa Bersatu bakal disingkirkan daripada PN dan menegaskan bahawa tiada sebarang usul untuk menyingkirkan parti itu pernah dibangkitkan.

“Macam Tok Guru presiden (Hadi Awang) cakap, Bersatu nak duduk, duduklah dalam PN dan tidak timbul nak buang pun. Asal jangan langgar peraturan.

Kalau dia langgar peraturan, ada pula masalah disiplin, saya rasa tidak perlu Pas ajar sebab Bersatu lebih banyak pengalaman dalam memecat orang,” katanya.

Kemelut dalam PN semakin memuncak selepas PAS memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu.

Walaupun berdepan perpecahan itu, Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, menegaskan partinya akan terus kekal dalam PN dan bertanding dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan menggunakan logo gabungan tersebut.

Beliau juga menegaskan bahawa tiada mana-mana parti boleh secara unilateral menyingkirkan Bersatu daripada PN kerana sebarang keputusan mesti dibuat secara konsensus selaras dengan perlembagaan gabungan itu.

Market Opportunity
Cardano Logo
Cardano Price(ADA)
$0.1614
$0.1614$0.1614
-0.24%
USD
Cardano (ADA) Live Price Chart

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel