Presiden Mukhriz Mahathir kata Pejuang akan bekerjasama dengan parti lain untuk PRN akan datang.
PETALING JAYA: Pejuang akan meletakkan calon pada PRN Johor dan Negeri Sembilan, namun tidak bercadang untuk bertanding banyak kerusi.
Presiden Mukhriz Mahathir menyatakan partinya mengikut kemampuan sendiri dalam persaingan kali ini.
“Pendekatan kami juga adalah melalui kerjasama dengan parti-parti lain. Kami berharap tidak bertembung dengan rakan-rakan politik yang lain sebab itu proses rundingan sudah pun bermula walaupun belum sampai ke peringkat akhir,” katanya, lapor Berita Harian.
Mukhriz memaklumkan rundingan sudah diadakan dengan tiga parti politik setakat ini.
Pejuang, yang diasaskan oleh bapa Mukhriz, Dr Mahathir Mohamad, tidak mempunyai sebarang kerusi pada masa ini.
Pada 6 Jun lalu, media melaporkan Pejuang dan Muda sudah memulakan perbincangan bagi menghadapi PRN Johor.

