Dr Akmal Saleh, mahu mahkamah batal keputusan peguam negara, dan dimaklumkan sebab pihak lain tidak didakwa berkait kontroversi Jalur Gemilang.Dr Akmal Saleh, mahu mahkamah batal keputusan peguam negara, dan dimaklumkan sebab pihak lain tidak didakwa berkait kontroversi Jalur Gemilang.

Akmal mohon semakan kehakiman terhadap pendakwaan

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
akmal salehKetua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, didakwa di mahkamah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh, memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap keputusan peguam negara (AG) untuk mendakwanya berhubung satu hantaran di Facebook.

Peguam cara mewakili Akmal, Aizat Izuan Shakeel, menyatakan permohonan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 27 Feb, manakala kertas-kertas kausa diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara pada 9 Jun.

Permohonan itu akan didengar di mahkamah pada 16 Jun, menurut kenyataan firma guaman ini.

Pada 22 Ogos 2025, Akmal didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam, dalam satu video Facebook yang dimuat naik pada 11 Ogos tahun sama. Beliau mengaku tidak bersalah.

Pertuduhan bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Video tersebut berkaitan kontroversi mengenai seorang pemilik kedai perkakasan yang kelihatan memegang Jalur Gemilang secara terbalik dalam satu video tular.

Peguam Akmal menyatakan bahawa permohonan difailkan berhubung dakwaan berlakunya pendakwaan terpilih, layanan yang tidak konsisten, serta persoalan sama ada tindakan pendakwaan tersebut selaras dengan jaminan kesamarataan yang diperuntukkan Perkara 8 Perlembagaan.

Menurutnya, permohonan itu juga membangkitkan keperluan kuasa pendakwaan dilaksanakan secara adil, konsisten dan bebas daripada sebarang bentuk diskriminasi atau persepsi pengaruh politik.

Akmal memohon mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan untuk mendakwa beliau adalah tidak berperlembagaan, tidak munasabah, tidak atur prosedur, dan berniat jahat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan peguam negara tidak mempunyai sebarang asas untuk tidak memulakan apa-apa pendakwaan terhadap pemilik premis perniagaan terbabit, serta Pengarah Lawyers for Liberty iaitu Zaid Malek, dan Penolong Setiausaha DAP Pulau Pinang, H’ng Mooi Lye, berkaitan isu berkenaan.

Akmal mahu mahkamah mengeluarkan perintah certiorari untuk membatalkan keputusan-keputusan oleh peguam negara, dan perintah mandamus agar peguam negara memaklumkan kepadanya sebab beliau membuat keputusan untuk hanya mendakwanya dan tidak membuat apa-apa pendakwaan terhadap tiga pihak lain tersebut.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage