Pengarah Mohammad A'sim Md Ali berkata isu Rohingya perlu ditangani profesional dan berasaskan fakta dan data sahih.Pengarah Mohammad A'sim Md Ali berkata isu Rohingya perlu ditangani profesional dan berasaskan fakta dan data sahih.

Imigresen Perlis tubuh pasukan khas pantau, kesan kehadiran Rohingya

이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
RohingyaPengarah Imigresen Perlis Mohammad A’sim Md Ali, berkata aduan penduduk berkait keberadaan warga asing tanpa dokumen, aktiviti pekerjaan, penempatan serta aktiviti perniagaan disyaki tanpa kebenaran. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Imigresen Perlis menubuhkan pasukan petugas khas bertujuan memantau, mengesan serta melakukan verifikasi rekod kehadiran etnik Rohingya susulan aduan rakyat negeri itu, kata Pengarah Mohammad A’sim Md Ali.

Katanya, pasukan tersebut yang ditubuhkan di bawah Bahagian Penguatkuasaan bertujuan mendapatkan gambaran lebih tepat mengenai kehadiran etnik itu di Perlis, selain antara langkah memperkukuh tindakan penguatkuasaan melalui pendekatan menyeluruh dan berfokus.

“Imigresen berpandangan isu ini (kehadiran etnik Rohingya) perlu ditangani profesional, berhemah, dan berasaskan fakta serta data sahih.

“Sebarang tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan selaras dengan Akta Imigresen 1959/63 serta arahan terkini yang berkuat kuasa,” katanya menurut Bernama.

Pada 19 Jun, media melaporkan kehadiran etnik Rohingya didakwa semakin bertambah di beberapa lokasi sekitar Perlis menjurus kebimbangan dalam kalangan penduduk tempatan.

A’sim berkata, berdasarkan semakan awal, kebanyakan etnik itu yang dikenal pasti berada dalam komuniti setempat merupakan pemegang kad pendaftaran Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Beliau berkata, pihaknya sememangnya menerima maklumat dan aduan daripada orang awam dari semasa ke semasa berkaitan kehadiran warga asing termasuk etnik Rohingya di beberapa lokasi di negeri itu.

A’sim berkata, setiap aduan akan disiasat secara menyeluruh sebelum tindakan penguatkuasaan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

“Aduan diterima lazimnya melibatkan isu keberadaan warga asing tanpa dokumen yang sah, aktiviti pekerjaan, penempatan serta aktiviti perniagaan yang dipercayai dijalankan tanpa kebenaran,” katanya.

Selain itu, katanya Imigresen Perlis turut menerima serahan 39 etnik Rohingya daripada jabatan dan agensi berkaitan bagi perkembangan terkini dengan hasil semakan mendapati semua individu itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan kini menjalani proses siasatan serta tindakan lanjut mengikut peruntukan Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, A’sim berkata Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Perlis melaksanakan 153 operasi penguatkuasaan yang melibatkan 34 aktiviti risikan dan pemantauan bagi tempoh Januari hingga Mei lepas.

Beliau berkata operasi itu merekodkan 118 tangkapan warga asing atas pelbagai kesalahan imigresen dengan kutipan kompaun RM369,570.

시장 기회
ALI 로고
ALI 가격(ALI)
$0.001266
$0.001266$0.001266
+0.39%
USD
ALI (ALI) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order