Jika gagal, parti Hamzah Zainudin akan dilihat hanya sebagai 'rumah baharu' untuk ahli politik yang mahu kekal relevan.Jika gagal, parti Hamzah Zainudin akan dilihat hanya sebagai 'rumah baharu' untuk ahli politik yang mahu kekal relevan.

Wawasan perlu nyata apa ditawarkan pada pengundi, kata penganalisis

2026/06/22 08:45
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Kem Hamzah zainudin berkumpulHamzah Zainudin (duduk empat dari kiri) bersama pemimpin Wawasan lain di mesyuarat luar biasa parti itu di Petalin Jaya pada Sabtu lalu. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Parti Wawasan Negara perlu menyatakan apakah agenda yang ditawarkan kepada pengundi atau berisiko dilihat sekadar sebagai ‘rumah baharu’ bagi bekas pemimpin politik yang mahu kekal relevan dalam politik, kata seorang penganalisis.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, setakat ini Wawasan dilihat sebagai parti yang dibentuk oleh bekas pemimpin Bersatu yang telah dipecat atau digantung keahlian, selain beberapa ahli politik veteran.

Bekas timbalan presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, dilantik presiden Wawasan, manakala Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah, dan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, masing-masing dilantik sebagai setiausaha agung dan ketua penerangan.

Bekas ketua menteri Melaka, Rahim Thamby Chik, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, serta bekas presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan pula antara naib presiden.

“Wawasan dilihat sebagai sebuah parti yang dianggotai ahli politik yang sedang cuba untuk kembali relevan.

“Parti ini mendakwa membawa agenda ‘reset’, tetapi masih tidak jelas masalah apa yang sebenarnya cuba diselesaikannya,” katanya kepada FMT.

Syaza berkata Wawasan juga perlu menjelaskan bagaimana ia berhasrat untuk mendekati pengundi muda, terutama kerana ia dianggotai ahli politik yang sudah berada sejak tahun 1980an lagi.

Bagaimanapun, beliau percaya Wawasan mampu menarik penyokong Bersatu yang tidak lagi yakin dengan kepimpinan presidennya, Muhyiddin Yassin.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata barisan kepimpinan Wawasan menguatkan lagi tanggapan bahawa ia merupakan parti serpihan Bersatu yang ditubuhkan oleh bekas ahli yang tidak berpuas hati.

Beliau berkata daya tarikan awal Wawasan ketika ini lebih banyak bergantung kepada personaliti pemimpinnya berbanding idea atau perjuangan baharu yang dibawa.

“Pada peringkat ini, Wawasan masih kelihatan sebagai platform untuk menyelamat dan menyusun semula kerjaya politik mereka yang berpihak kepada Hamzah,” katanya.

Awang Azman turut berkata Wawasan perlu menjelaskan apakah yang boleh ditawarkan parti itu yang tidak mampu ditawarkan oleh Bersatu, PAS atau Umno.

Menurutnya, jika jawapannya hanya berkisar kepada kepimpinan Hamzah, maka Wawasan akan terus dilihat sebagai sebuah parti yang berteraskan personaliti semata-mata.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.0000288
$0.0000288$0.0000288
-0.89%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order