Kemenangan kali terakhir wakil negara diraih Khairul Idham Pawi pada GP Argentina dan GP Jerman musim 2016.Kemenangan kali terakhir wakil negara diraih Khairul Idham Pawi pada GP Argentina dan GP Jerman musim 2016.

Hakim Danish juara Moto3 GP Czech, penantian 10 tahun berakhir

2026/06/21 19:41
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Hakim Danish RamliHakim Danish Ramli pamer aksi cemerlang apabila memintas seorang demi seorang pencabar sebelum melintasi garisan penamat di kedudukan pertama dengan catatan masa 33 minit 34.26s. (Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Kehilangan 12 anak tangga di grid permulaan tidak mematahkan semangat pelumba muda negara Hakim Danish Ramli untuk bangkit mencipta kemenangan sensasi dalam perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Czech di Litar Brno, hari ini.

Kejayaan pelumba berusia 18 tahun yang mewakili pasukan AEON Credit-MT Helmets-MSi itu menamatkan penantian selama 10 tahun Malaysia untuk menyaksikan kemenangan wakil negara dalam saingan Moto3 sejak kali terakhir diraih Khairul Idham Pawi pada GP Argentina dan GP Jerman musim 2016.

Hakim Danish RamliHakim Danish Ramli.

Meskipun berjaya meraih petak kedua pada sesi kelayakan semalam, Hakim dikenakan hukuman selepas didapati memperlahankan motosikalnya di salah satu sektor ketika sesi kelayakan kedua (Q2).

Keputusan itu menyaksikan Hakim kehilangan 12 posisi dan terpaksa memulakan perlumbaan dari petak ke-14 hari ini.

Bagaimanapun, pelumba kelahiran Terengganu itu mempamerkan aksi cemerlang apabila memintas seorang demi seorang pencabar sebelum melintasi garisan penamat di kedudukan pertama dengan catatan masa 33 minit 34.26s.

Pelumba Sepanyol Brian Uriarte dari pasukan Red Bull KTM Ajo menamatkan perlumbaan di tempat kedua dengan ketinggalan 0.466s, manakala rakan senegaranya, Marco Quiles dari CFMOTO Gaviota Aspar Team, melengkapkan podium di kedudukan ketiga selepas 0.629s di belakang Hakim.

Kemenangan itu turut menandakan kali kedua Hakim menaiki podium musim ini selepas mencipta sensasi bulan lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat ketiga pada GP Itali di Litar Mugello.

CHZ +28%! Will History Repeat?

CHZ +28%! Will History Repeat?CHZ +28%! Will History Repeat?

0-fee opening long & short. Be ready for any move!

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order