Penulis Hilal Asyraf Abd Razak berkata tidak banyak bahan bacaan Jawi menggunakan pendekatan santai untuk menarik minat masyarakat menguasai semula tulisan itu.Penulis Hilal Asyraf Abd Razak berkata tidak banyak bahan bacaan Jawi menggunakan pendekatan santai untuk menarik minat masyarakat menguasai semula tulisan itu.

Jawi hidup semula melalui Nirnama

2026/06/20 08:00
3분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Hilal Asyraf Abd Razak menerbitkan novel fiksyen Nirnama dalam versi Jawi dan rumi.

KUALA LUMPUR: Tulisan Jawi yang kian terpinggir daripada arus kemodenan hidup semula menerusi novel fiksyen, Nirnama, mengisahkan pengembaraan penuh cabaran seorang pendekar tanpa nama.

Mengangkat latar zaman Kesultanan Melaka, penulis Hilal Asyraf Abd Razak menyifatkan Nirnama sebagai medium bagi mengajak masyarakat menguasai Jawi melalui penceritaan lebih santai.

Pada mulanya novel itu diterbitkan dalam tulisan rumi, dan beliau mengambil keputusan untuk turut menghasilkan versi Jawi bagi setiap siri.

“Medium untuk masyarakat kita mempraktikkan pembacaan Jawi kini seolah-olah sudah hampir tiada, malah akhbar berbahasa Jawi juga sudah tiada.

“Jadi, saya rasa satu perkara yang menarik apabila kita ada novel fiksyen yang tidak terlalu berat seperti karya sastera tradisional atau buku-buku ilmiah,” katanya kepada FMT ketika ditemui di reruainya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026, baru-baru ini.

Usaha Hilal membuahkan hasil luar biasa apabila naskhah versi Jawi pertama berjaya mencatatkan jualan melebihi 15,000 manakala versi rumi pula melebihi 35,000.

Nirnama kini memasuki siri kelima.

Menurutnya, judul seterusnya dalam siri yang kini memasuki siri kelima itu menerima sambutan konsisten dengan purata jualan antara 3,000 hingga 7,000 naskhah.

Karya terbaharu, ‘Nirnama: Hikayat Pengembaraan Ke Timur’ versi Jawi sudah terjual hampir 2,500 naskhah setakat ini walaupun baru sahaja menemui pembaca pada April.

Di sebalik penulisan yang mengambil inspirasi daripada sejarah Melayu dan cerita rakyat, Hilal memastikan setiap karyanya bertunjangkan ajaran Islam.

“Pembaca sangat menghargai nilai kemelayuan dan Islam yang diselitkan. Disebabkan ini karya fiksyen, mereka tidak akan berasa seperti terlalu ‘diceramahkan’ kerana segala pengajaran itu berjalan seiring dengan penceritaan dan diwakili menerusi tindakan serta dialog watak-watak tersebut,” kata anak jati Johor berusia 37 tahun itu.

Melalui karya tersebut, beliau turut menggunakan watak utama bagi menepis naratif negatif.

“Saya cuba melawan naratif (negatif) tersebut menerusi watak Nirnama. Saya berharap masyarakat dapat melihat bahawa apabila seseorang itu jujur dengan ajaran Islam, dia akan menjadi manusia yang baik, menolak rasuah, melawan kezaliman, serta melindungi golongan tertindas.

“Itulah karakter sebenar yang cuba saya bawa dan saya harap misi ini berjaya,” katanya.

Melangkah setapak lagi, Hilal mendedahkan siri Nirnama bakal diangkat ke layar animasi menerusi kerjasama dengan Wau Animation, studio animasi tempatan yang terkenal menerusi siri hit Ejen Ali, dan dijangka menemui penonton pada 2029.

Wan Nur Alya Batrisyia (kiri) dan Nur Alya Qistina Na’imran tertarik dengan Nirnama.

Sementara itu, pembaca remaja seperti Nur Alya Qistina Na’imran, 17, dan Wan Nur Alya Batrisyia, 15, tertarik dengan naskhah berkenaan kerana penceritaannya sarat dengan mesej positif.

“Nirnama mempunyai penulisan yang sangat terperinci. Setiap kali membaca, kita rasa kagum dan memberi semangat untuk menjadi Muslim yang lebih baik,” kata Wan Nur Alya Qistina.

Kedua-duanya mampu membaca Jawi dengan lancar dan melihat penerbitan novel dalam tulisan tersebut sebagai sesuatu yang penting untuk memastikan ia terus relevan.

“Zaman sekarang sudah jarang orang menggunakan Jawi. Ramai menganggap ia hanya berkaitan agama. Tetapi apabila novel seperti ini diterbitkan dalam tulisan Jawi, ia sangat bagus untuk bacaan kanak-kanak dan tidak akan dianggap ketinggalan zaman,” kata Wan Nur Alya Batrisyia.

Nik Muhammad Aimullah.

Dalam pada itu, bagi Nik Muhammad Aimullah, 33, minatnya terhadap siri Nirnama bermula selepas mengetahui karya fiksyen tersebut bakal diadaptasi menjadi siri animasi.

“Saya sebenarnya tak pernah baca Nirnama sebelum ini. Tapi apabila Wau Animation umumkan mereka mahu menghasilkan animasi berdasarkan karya itu, saya mula tertarik untuk mengetahui lebih lanjut,” katanya.

Antara faktor utama yang mendorong beliau membaca novel itu ialah kandungan yang mengangkat kisah-kisah Melayu lama, warisan Nusantara serta nilai Islam yang jarang diketengahkan dalam karya popular tempatan.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel