Ketua whip PN itu maklum Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul seramai 61 Ahli Parlimen pembangkang sokong Hamzah Zainudin.Ketua whip PN itu maklum Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul seramai 61 Ahli Parlimen pembangkang sokong Hamzah Zainudin.

Takiyuddin hantar surat maklum Hamzah kembali ketua pembangkang

2026/06/18 23:22
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Takiyuddin HassanKetua whip Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan berkata keputusan lantik Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang baharu susulan perletakan jawatan Ahmad Samsuri Mokhtar awal bulan ini.

PETALING JAYA: Ketua whip Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, bagi memaklumkan bahawa 61 Ahli Parlimen pembangkang bersetuju melantik Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang yang baharu.

Dalam surat yang dilihat FMT, Takiyuddin berkata keputusan itu dibuat susulan peletakan jawatan Ahli Parlimen Kemaman, Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai ketua pembangkang.

Kata Takiyuddin, Johari telah dimaklumkan mengenai perkara itu pada 10 Jun lalu.

“Saya ingin memaklumkan seramai 61 Ahli Parlimen pembangkang bersetuju agar Hamzah dilantik sebagai ketua pembangkang yang baharu berkuat kuasa hari ini.

“Semoga mendapat perhatian serta kerjasama baik pihak tuan dan kami mengucapkan setingi-tinggi penghargaan,” kata Ahli Parlimen Kota Bharu itu.

Senarai 61 Ahli Parlimen itu turut dilampirkan bersama surat tersebut.

FMT menghubungi Takiyuddin dan Johari untuk mendapatkan komen.

Selasa lalu, Johari memberitahu FMT bahawa beliau belum menerima surat rasmi daripada blok pembangkang yang memaklumkan pelantikan semula Hamzah sebagai ketua pembangkang.

Samsuri yang juga pengerusi PN, mengambil alih jawatan ketua pembangkang daripada Hamzah bulan lalu selepas bekas timbalan presiden Bersatu itu dipecat susulan krisis kepimpinan dengan presiden parti, Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, minggu lalu Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mengumumkan bahawa Hamzah akan kembali sebagai ketua pembangkang, dua bulan selepas melepaskan jawatan itu.

Ketika berucap pada Konvensyen Reset di Tanah Merah, Hadi berkata PAS telah mendapatkan pandangan Ahli Parlimennya serta wakil rakyat yang berpihak kepada Hamzah, termasuk 13 yang masih bersama Bersatu.

Pengumuman Hadi dibuat selepas PAS menamatkan kerjasama politiknya dengan Bersatu pada Isnin lalu. Muhyiddin kemudian berkata partinya bersedia mencabar PAS dalam PRN akan datang.

Namun, kedua-dua parti masih kekal sebagai komponen PN, yang malam tadi menyingkirkan dua pemimpin kanan Bersatu daripada jawatan penting gabungan pembangkang itu.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel