Majlis Perbandaran Ampang Jaya dapat kebenaran Mahkamah Majistret untuk merobohkan bangunan tersebut.Majlis Perbandaran Ampang Jaya dapat kebenaran Mahkamah Majistret untuk merobohkan bangunan tersebut.

Highland Towers dirobohkan sebelum akhir tahun ini

2026/06/14 16:00
1분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
Highland TowersSebuah blok 13 tingkat di Highland Towers runtuh pada 11 Dis 1993 mengorbankan 48 penduduk, dipercayai akibat hakisan tanah yang disebabkan oleh hujan serta kebocoran paip.

PETALING JAYA: Kompleks kediaman Highland Towers yang lama terbiar di Hulu Klang akan dirobohkan sebelum akhir tahun ini selepas Mahkamah Majistret membenarkan permohonan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) minggu lalu.

Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Hasrolnizam Shaari, berkata keputusan mahkamah itu membolehkan struktur berkenaan yang terbiar selama lebih tiga dekad, dirobohkan.

Hasrolnizam berkata MPAJ akan mengadakan mesyuarat pelarasan dengan pemilik unit yang diwakili oleh pemaju serta Jabatan Insolvensi.

“Kita menjangkakan perkara ini tidak mengambil masa yang lama kerana semua dah jelas bahawa itulah matlamat yang diaturkan.

“Dalam tahun ini juga, proses perobohan itu akan berlaku,” katanya yang dipetik Harian Metro sebagai berkata.

MPAJ kini dalam proses untuk menyelaraskan tindakan perobohan terutamanya kepada pihak yang akan menguruskan kerja-kerja tersebut.

Dalam tragedi pada 11 Dis 1993 itu, seramai 48 penduduk terkorban selepas sebuah blok 13 tingkat di kompleks Highland Towers tumbang, dipercayai akibat hakisan tanah yang disebabkan oleh hujan serta kebocoran paip.

Penghuni Blok 2 dan Blok 3 kemudiannya terpaksa dipindahkan tidak lama selepas kejadian itu.

World Cup Combo: Aim for 200x

World Cup Combo: Aim for 200xWorld Cup Combo: Aim for 200x

Combine up to 20 World Cup matches in one order

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

Score Your Share of 50K USDT

Score Your Share of 50K USDTScore Your Share of 50K USDT

Complete DEX+ tasks to unlock the Champion Wheel