Peguam kata pendedahan tanpa kebenaran berkaitan pemberi maklumat adalah kesalahan bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.Peguam kata pendedahan tanpa kebenaran berkaitan pemberi maklumat adalah kesalahan bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat.

Kebocoran dokumen pemberi maklumat boleh jejaskan siasatan

2026/06/13 19:47
2분 읽기
이 콘텐츠에 대한 의견이나 우려 사항이 있으시면 crypto.news@mexc.com으로 연락주시기 바랍니다
dewan rakyatIsu perlindungan pemberi maklumat kembali menjadi perhatian ketika kerajaan dijangka membentangkan pindaan akta berkaitan di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen tahun ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pendedahan tanpa kebenaran dokumen berkaitan pemberi maklumat boleh menjejaskan siasatan dan mendedahkan individu terbabit kepada risiko keselamatan, menurut seorang pengamal undang-undang.

J Shamesh.

Peguam, J Shamesh, berkata tindakan itu membawa implikasi undang-undang serius kerana Seksyen 10 Akta Perlindungan Pemberi Maklumat menyatakan bahawa mendedahkan maklumat berkaitan pemberi maklumat tanpa kebenaran adalah suatu kesalahan.

Menurutnya, kebocoran dokumen sulit melanggar kewajipan kerahsiaan, malah berpotensi merumitkan prosiding litigasi dan penguatkuasaan kerana boleh menjejaskan integriti proses pengendalian bukti.

“Siasatan boleh terganggu apabila kebocoran maklumat memberi amaran awal kepada suspek, sekali gus berpotensi menjejaskan proses pengumpulan, pemeliharaan dan kebolehterimaan bukti.

“Perlindungan terhadap maklumat pemberi maklumat amat penting bagi memastikan individu tampil menyalurkan maklumat tanpa rasa takut terhadap tindakan balas, selain membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dengan berkesan,” menurut kenyataan.

Isu perlindungan pemberi maklumat kembali menjadi perhatian ketika kerajaan dijangka membentangkan pindaan akta berkaitan di Dewan Rakyat pada sidang Parlimen tahun ini.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada Disember tahun lalu dilaporkan berkata, pindaan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat itu penting bagi menutup sebarang kelompongan yang boleh disalah guna.

Ia khususnya oleh perasuah atau penjenayah tegar yang mendakwa bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Mengulas lanjut, Shamesh berkata kebocoran boleh memberi kesan buruk kepada pemberi maklumat, termasuk menjejaskan kerjaya dan reputasi, selain berdepan ugutan, gangguan serta ancaman terhadap keselamatan diri.

“Pemberi maklumat yang percaya identiti mereka atau dokumen sulit yang diserahkan kepada pihak berkuasa telah didedahkan tidak kehilangan hak untuk mendapatkan remedi undang-undang.

“Mereka boleh membuat laporan polis, memulakan tindakan sivil bagi menuntut pampasan atas kerugian yang timbul akibat kebocoran tersebut, serta memohon injunksi untuk menghalang penyebaran lanjut maklumat sulit atau pendedahan identiti mereka,” katanya.

시장 기회
카타나 이누 로고
카타나 이누 가격(KATA)
$0.0000266
$0.0000266$0.0000266
+2.26%
USD
카타나 이누 (KATA) 실시간 가격 차트

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

면책 조항: 본 사이트에 재게시된 글들은 공개 플랫폼에서 가져온 것으로 정보 제공 목적으로만 제공됩니다. 이는 반드시 MEXC의 견해를 반영하는 것은 아닙니다. 모든 권리는 원저자에게 있습니다. 제3자의 권리를 침해하는 콘텐츠가 있다고 판단될 경우, crypto.news@mexc.com으로 연락하여 삭제 요청을 해주시기 바랍니다. MEXC는 콘텐츠의 정확성, 완전성 또는 시의적절성에 대해 어떠한 보증도 하지 않으며, 제공된 정보에 기반하여 취해진 어떠한 조치에 대해서도 책임을 지지 않습니다. 본 콘텐츠는 금융, 법률 또는 기타 전문적인 조언을 구성하지 않으며, MEXC의 추천이나 보증으로 간주되어서는 안 됩니다.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage