Wong Chin Huat berkata disiplin tinggi penyokong tegar PAS beri kelebihan kepada parti itu jika kadar keluar mengundi bukan Melayu merosot.Wong Chin Huat berkata disiplin tinggi penyokong tegar PAS beri kelebihan kepada parti itu jika kadar keluar mengundi bukan Melayu merosot.

Disiplin tinggi penyokong, protes tak keluar undi boleh bantu PAS ke Putrajaya, kata penganalisis

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
undi sg bakapPAS mungkin boleh menang di kawasan campuran jika pengundi Cina atau bukan Melayu yang membentuk peratusan signifikan tidak keluar mengundi, menurut Wong Chin Huat. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS berpeluang merampas kerusi kawasan campuran, sekali gus membuka laluan lebih luas ke Putrajaya jika pengundi bukan Melayu memilih untuk memprotes dengan tidak keluar mengundi, kata penganalisis.

Pakar sains politik Sunway University, Wong Chin Huat, berkata senario itu tidak mustahil berlaku memandangkan penyokong tegar PAS dikenali mempunyai disiplin tinggi untuk keluar mengundi.

“Jika kadar keluar mengundi dalam kalangan bukan Melayu rendah, memang ada kemungkinan besar kemenangan berpihak kepada parti yang penyokong tegarnya tekun mengundi.

“Jadi, PAS mungkin boleh menang di kawasan campuran sekiranya pengundi Cina atau bukan Melayu yang membentuk peratusan signifikan tidak keluar mengundi,” katanya kepada FMT.

Wong Chin HuatWong Chin Huat.

Pandangan Wong senada dengan amaran bekas presiden MCA, Chua Soi Lek, baru-baru ini yang mengingatkan komuniti Cina bahawa sikap tidak peduli terhadap politik boleh membuka jalan lebih mudah untuk PAS menguasai Putrajaya.

Mengulas lanjut, Wong berkata wujud perubahan persepsi dalam kalangan penyokong Pakatan Harapan (PH), apabila rasa ancaman terhadap PAS dilihat semakin berkurangan berbanding sekitar 2022 dan 2023.

Katanya, keadaan itu didorong rasa tidak puas hati segelintir penyokong terhadap beberapa dasar domestik dan pengurusan isu semasa di bawah pentadbiran kerajaan Madani, yang dilihat tidak begitu berbeza dengan pendekatan pihak lawan.

“Ini mengurangkan perbezaan ketara yang diharapkan pengundi antara pentadbiran sekarang dan pembangkang, sehingga mendorong ramai untuk memprotes melalui undi,” katanya.

Azmil TayebAzmil Tayeb.

Sementara itu, Azmil Tayeb dari Universiti Sains Malaysia (USM) berpandangan taktik menakut-nakutkan pengundi bukan Melayu kini sudah lapuk dan tidak lagi berkesan.

Beliau turut berkata, PAS tidak mampu membentuk kerajaan persekutuan secara bersendirian dan masih memerlukan sokongan blok Borneo.

“Oleh itu, PAS perlu mengambil kira pendirian parti-parti Borneo, yang turut dianggotai masyarakat Kristian dan berbilang kaum,” katanya.

Market Opportunity
Katana Inu Logo
Katana Inu Price(KATA)
$0.00002576
$0.00002576$0.00002576
+0.42%
USD
Katana Inu (KATA) Live Price Chart

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage