Umno wajar berhati-hati, pesan Ahli MKT Puad Zarkashi.Umno wajar berhati-hati, pesan Ahli MKT Puad Zarkashi.

Puad beri peringatan tentang ‘kahwin mutaah’ dalam politik

For feedback or concerns regarding this content, please contact us at crypto.news@mexc.com
hadi zahidMuafakat Nasional membabitkan Umno dan PAS terlerai selepas terbentuknya Perikatan Nasional. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang ahli majlis kerja tertinggi Umno berkata parti itu wajar berhati-hati, di sebalik spekulasi mengenai Muafakat Nasional (MN) 2.0.

Puad Zarkashi berkata demikian ketika menyentuh tentang perkembangan hubungan antara PAS dan Bersatu.

“Dalam politik ada yang suka kahwin mutaah. Boleh cerai bila-bila masa jika objektif tidak tercapai,” kata Puad Zarkashi di Facebook.

“Umno wajar berhati-hati,” tambahnya.

Spekulasi mengenai kemungkinan MN dihidupkan semula kerap timbul, terutama kini selepas PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu.

MN membabitkan Umno dan PAS dimeterai pada 2019 ketika Pakatan Harapan menerajui kerajaan persekutuan. Pakatan itu terlerai selepas PAS membentuk Perikatan Nasional bersama Bersatu pada tahun berikutnya.

Pada Selasa, Presiden Zahid Hamidi menolak sebarang kemungkinan menghidupkan semula MN antara Umno dan PAS, mengatakan pihaknya tiada niat dan tidak berhasrat untuk melakukan perkara itu.

Predict & Trade to Win Rewards

Predict & Trade to Win RewardsPredict & Trade to Win Rewards

Guaranteed rewards with $500,000 prize pool

Disclaimer: The articles reposted on this site are sourced from public platforms and are provided for informational purposes only. They do not necessarily reflect the views of MEXC. All rights remain with the original authors. If you believe any content infringes on third-party rights, please contact crypto.news@mexc.com for removal. MEXC makes no guarantees regarding the accuracy, completeness, or timeliness of the content and is not responsible for any actions taken based on the information provided. The content does not constitute financial, legal, or other professional advice, nor should it be considered a recommendation or endorsement by MEXC.

RealStocks Now Live

RealStocks Now LiveRealStocks Now Live

Trade real U.S. stock via regulated brokerage